Orang Kenyah | Uma Sambop Belaga

Bookmark and Share
Hai salam 1 Malaysia dan salam blogging semua. Seperti yang dijanjikan dalam posting saya yang lepas, saya akan berceritakan kepada anda tentang suku kaum Kenyah di hulu sungai Belaga, iaitu suku kaum saya sendiri. Ok, tanpa melengahkan masa, kita teruskan ya...

Begini ceritanya, asal-usul suku kaum Kenyah ini sebenarnya berasal dari Kalimantan, Indonesia, di mana pada suatu ketika dahulu orang-orang Kenyah ini boleh dikatakan mengamalkan kehidupan secara nomad, iaitu berpindah-randah dari satu tempat ke tempat lain untuk mengembara dan mencari sumber harian sehinggalah pengembaraan mereka ini berakhir dan sampai ke hulu sungai yang dinamakan hulu sungai Belaga. Nah, maka dari situ wujudlah diri saya ini. Hehehe...

Ok, kita teruskan ya. Urmm... suku kaum Kenyah di hulu sungai Belaga ini mempunyai etnik yang banyak, iaitu enam etnik kah kalau tidak silap saya yang terdiri daripada kenyah Uma Sambop, kenyah Uma Kulit, kenyah  Uma Bakah, kenyah Uma Badeng, kenyah Uma Kelep, dan kenyah Bakung.

Setiap etnik kaum Kenyah ini mendirikan rumah panjang masing-masing dengan mengikut corak dan tradisi serta kepercayaan masing-masing. Setiap etnik masing-masing mempunyai seorang maren uma atau ketua kampung yang memimpin dan menjamin kesejahteraan penduduk-penduduknya. Dari segi keagamaan, kalau kita lihat secara majoritinya, semua etnik kaum Kenyah ini menerima ajaran agama Kristian Katholik dan SIB, di mana setiap kampung mempunyai rumah ibadat atau gereja masing-masing.


Post a Comment

 

Copyright © 2012 All Rights Reserved. Cassidy Lisut | Personal Blog created and designed by Cassidy Lisut.