Hai, apa khabar semua? Sihat ke? Heheh... Erm, seperti yang dijanjikan dalam posting saya yang lepas, saya akan berceritakan kepada anda tentang daerah Belaga, iaitu tempat asal-usul saya. So, bagi memudahkan lagi cerita saya ini, saya akan menggunakan nama rumah panjang saya sendiri, iaitu, Uma Sambop, Long Semutut, Belaga.
Ok, kita teruskan ya... Pada dasarnya, rumah panjang Uma Sambop merupakan sebuah rumah panjang yang paling unik di daerah Belaga. Mahu tahu kenapa? Haha... Rumah panjang Uma Sambop ini dibina tulen daripada kayu belian, iaitu, dari bahagian atapnya sehinggalah ke bahagian tiangnya. Nah, unik kan? Hehe... Dari segi ciri-cirinya pula, rumah panjang Uma Sambop ini didirikan dalam bentuk segi empat tepat atau bercantum dan mempunyai kira-kira 90 lebih pintu. Jika anda ingin tahu, hanya rumah panjang Uma Sambop ini sahaja yang dibina unik dalam bentuk segi empat tepat dan bercantum di daerah Belaga ini. Manakala, rumah panjang suku kaum yang lain dibina dalam berbentuk mendatar.
Ophs!!! Hampir terlupa pula. Hehehe... Penduduk-penduduk rumah panjang Uma Sambop ini secara umumnya didiami oleh masyarakat kaum Kenyah iaitu, Orang Ulu Sarawak. Pernah dengar tak bangsa ataupun kaum Kenyah di pedalaman Sarawak? Jika anda pernah dengar, baguslah. Jika anda tak pernah dengar, ermmm... tunggu k, saya akan ceritakan kepada anda dalam posting saya yang akan datang.
Hehe... Saya akan ceritakan tentang suku kaum Kenyah ini dalam posting yang akan datang k. Sekarang kita pergi ke aspek ekonomi penduduk rumah panjang Uma Sambop ini pula, di mana secara majoritinya mereka bekerja sebagai petani. Namun, segalanya telah berubah pada zaman moden ini, di mana ramai sudah anak-anak muda Kenyah Uma Sambop ini telah berhijrah ke bandar dan merantau di seluruh Malaysia mahupun luar negara bagi mengubah kehidupan keluarga mereka.
Manakala, dari segi politik pula, kalau dulu penduduk kampung Kenyah Uma Sambop ini sangat mengidolakan Parti Barisan Nasional kerana bagi mereka komponen parti ini mampu membantu meringankan dan mengurangkan bebanan yang dihadapi. Akan tetapi, sejak sekian lama Parti Barisan Nasional ini mentadbir daerah Belaga ini, sangat jelas sekali tidak ada satu pun perubahan yang ketara dilaksanakan sampailah pada masa kini, penduduk-penduduk Kenyah Uma Sambop ini mula bertukar arah kepada Parti Pakatan Rakyat yang dianggap mahu mengubah nasib penduduk-penduduk Kenyah Uma Sambop ini.
Ermmm.. dari segi sosialnya pula, masyarakat Kenyah Uma Sambop ini sangat peramah dan mesra, tidak kira orang itu baru dikenali mahupun orang lama dikenali mereka. Tak percaya, datanglah melawat rumah panjang Uma Sambop, Long Semutut, Belaga ini. Hehehe...
Sekian dulu coretan saya buat kali ini, jika anda mempunyai apa-apa soalan ke ataupun sebarang pertanyaan, sila tinggalkan komen anda di ruang komen bawah posting ini k.
Terima kasih dan jumpa lagi. =)

Post a Comment