Contoh CV atau Resume | Bahasa Inggeris

Bookmark and Share 0 comments
Mencari pekerjaan adalah satu impian dan matlamat setiap individu yang telah menamatkan pengajian mereka di peringkat universiti, kolej mahupun sekolah. Namun, segelintir individu masih mengalami kegagalan untuk mendapat panggilan temu duga, walaupun banyak kali 'curriculum vitae' atau 'resume' telah mereka hantarkan kepada syarikat yang mengiklankan jawatan kosong berkenaan. 

Nah, nak tahu tak kenapa anda kenapa anda tidak dipanggil untuk temu duga? Jawapannya, adakah format 'curriculum vitae' ataupun 'resume' anda sediakan menepati piawaian dan kehendak majikan yang ingin mengambil anda bekerja?

Jadi, dalam posting kali ini saya ingin berkongsikan serba-sedikit contoh format 'curriculum vitae' atau 'resume' dalam Bahasa Inggeris yang saya siap-sediakan. Mungkin, contoh format ini sedikit-sebanyak dapat membantu anda dan menjadi panduan anda untuk menyediakan 'curriculum vitae' dan 'resume' dengan lebih baik.

Trip to Sarawak Cultural Village | Santubong

Bookmark and Share 0 comments
Cultural Lake
Iban Longhouse
Twin Waterfalls

What is Quality Teaching? | Education

Bookmark and Share 0 comments

Philosophy of Education | Malaysian

Bookmark and Share 0 comments

Students Demak Baru Excited Jumpa Pandelela

Bookmark and Share 1 comments

Orang Kenyah | Uma Sambop Belaga

Bookmark and Share 0 comments
Hai salam 1 Malaysia dan salam blogging semua. Seperti yang dijanjikan dalam posting saya yang lepas, saya akan berceritakan kepada anda tentang suku kaum Kenyah di hulu sungai Belaga, iaitu suku kaum saya sendiri. Ok, tanpa melengahkan masa, kita teruskan ya...

Begini ceritanya, asal-usul suku kaum Kenyah ini sebenarnya berasal dari Kalimantan, Indonesia, di mana pada suatu ketika dahulu orang-orang Kenyah ini boleh dikatakan mengamalkan kehidupan secara nomad, iaitu berpindah-randah dari satu tempat ke tempat lain untuk mengembara dan mencari sumber harian sehinggalah pengembaraan mereka ini berakhir dan sampai ke hulu sungai yang dinamakan hulu sungai Belaga. Nah, maka dari situ wujudlah diri saya ini. Hehehe...

Ok, kita teruskan ya. Urmm... suku kaum Kenyah di hulu sungai Belaga ini mempunyai etnik yang banyak, iaitu enam etnik kah kalau tidak silap saya yang terdiri daripada kenyah Uma Sambop, kenyah Uma Kulit, kenyah  Uma Bakah, kenyah Uma Badeng, kenyah Uma Kelep, dan kenyah Bakung.

Setiap etnik kaum Kenyah ini mendirikan rumah panjang masing-masing dengan mengikut corak dan tradisi serta kepercayaan masing-masing. Setiap etnik masing-masing mempunyai seorang maren uma atau ketua kampung yang memimpin dan menjamin kesejahteraan penduduk-penduduknya. Dari segi keagamaan, kalau kita lihat secara majoritinya, semua etnik kaum Kenyah ini menerima ajaran agama Kristian Katholik dan SIB, di mana setiap kampung mempunyai rumah ibadat atau gereja masing-masing.

Belaga | Uma Sambop Ku Cinta

Bookmark and Share 0 comments
Hai, apa khabar semua? Sihat ke? Heheh... Erm, seperti yang dijanjikan dalam posting saya yang lepas, saya akan berceritakan kepada anda tentang daerah Belaga, iaitu tempat asal-usul saya. So, bagi memudahkan lagi cerita saya ini, saya akan menggunakan nama rumah panjang saya sendiri, iaitu, Uma Sambop, Long Semutut, Belaga.

Ok, kita teruskan ya... Pada dasarnya, rumah panjang Uma Sambop merupakan sebuah rumah panjang yang paling unik di daerah Belaga. Mahu tahu kenapa? Haha... Rumah panjang Uma Sambop ini dibina tulen daripada kayu belian, iaitu, dari bahagian atapnya sehinggalah ke bahagian tiangnya. Nah, unik kan? Hehe... Dari segi ciri-cirinya pula, rumah panjang Uma Sambop ini didirikan dalam bentuk segi empat tepat atau bercantum dan mempunyai kira-kira 90 lebih pintu. Jika anda ingin tahu, hanya rumah panjang Uma Sambop ini sahaja yang dibina unik dalam bentuk segi empat tepat dan bercantum di daerah Belaga ini. Manakala, rumah panjang suku kaum yang lain dibina dalam berbentuk mendatar.

Ophs!!! Hampir terlupa pula. Hehehe... Penduduk-penduduk rumah panjang Uma Sambop ini secara umumnya didiami oleh masyarakat kaum Kenyah iaitu, Orang Ulu Sarawak. Pernah dengar tak bangsa ataupun kaum Kenyah di pedalaman Sarawak? Jika anda pernah dengar, baguslah. Jika anda tak pernah dengar, ermmm... tunggu k, saya akan ceritakan kepada anda dalam posting saya yang akan datang.
 

Copyright © 2012 All Rights Reserved. Cassidy Lisut | Personal Blog created and designed by Cassidy Lisut.